Saturday, August 29, 2009

MERDEKA


dah lama ryu tak update blog nie....
ari nie ryu nk cite ckit pasl merdeka nie...
ape yg korg tau pasl merdeka???kompem jwpan yg korg bg tu mejor sumenyer same jer...
tiap2 tahun pihak media akan mengadakan kempen tuk menyeru rakyat malaysia tuk mengibarkan jalur gemilang kite...
tp tak semua yg mengebarkan....saban tahun org yg mengibarkan jalur gemilang nie akan berkurangn...lihat saja pada tahun nie....suasana merdeka langsung takder....
merdeka lagi 2 hari dari sekarang.....n tiap2 tahun juga akan timbul persoalan mana semangt kemerdekaan pada rakyat2 kite....
tambahan pula tahun nie segala perarakan di batalkan...sambutan kemerdekaan juga di batalkan atas keselamatn rakyat kite nie...di sbbkan satu virus H1N1....
mugkin tahun nie suasana kemerdekaan tak seperti tahun sblmn2 nie...
tiap2 tahun ada yg akan pergi bersama keluarga tuk menghabiskan masa cuti degn pergi ke menonton perbarisan...tp tahun nie macm mane????
jika ader perbarisan skurang nyer smngt kemerdekaan tu still ader n kite snggup tuk pergi melihat perbarisan tu walapun tempt yg sempit n crowded....
lebih2 lagi tahun nie puasa....mungkin kalau ader perbarisan tak ramai org yg pergi kerana untuk menjimatkan tenaga....
apa yg terlintas di kepala kite bile tiba hari kemerdekaan???
perarakan???
kibar jalur gemilang???
semngt kemerdekaan dalam diri??
patriotik??
ape pun harap korg sume dpt wlaupun sedikit semgt kemerdekaan dlm diri kamu....

tanggal 31 ogos 1994....adik pertama di lahirkan....entah kenapa
ryu masih ingt dedik tu...masih segar di ingtn ketika adik ryu dilahirkan......


Thursday, August 27, 2009

Mengorek Telinga/Hidung/Rongga dan Berendam/Mandi Ketika Puasa

time saho tadi ryu n housemte duk bincang pasl nie....bg ryu..korek hidung tak batalkan puasa...mmng dah di didik dari kecil pasl bnde ni...tp ryu tak amalkan...setelah wat reserch pada pagi nie....selama sejam lebih.....kebnaykkn menyatakn ianya tidak membatalkan puasa selagi ia tidak mengenyangkan.....n yg kt bwh nie paling jelas kowt dalam penerangn2 yg ryu jumpe...so renungkan n selamt beramal...n selamat berpuase.....




















Mengorek Telinga/Hidung/Rongga dan Berendam/Mandi Ketika Puasa

Persoalan 1: Mengorek Telinga/Hidung Tidak Membatalkan Puasa

Terdapatnya kepelbagaian pendapat dalam hal memasukkan sesuatu ke dalam rongga badan membatalkan puasa. Antara yang berpendapat memasukkan sesuatu didalam rongga tidak membatalkan puasa adalah Syaikh Attiyah Saqr (mantan Ketua Lajnah Fatwa al-Azhar), Dr. Yusuf al-Qardhawi (Ketua Majlis Fatwa Eropah), Syaikh Mohammad Salih Al-Munajjid, Dr. Muzammil Siddiqi (Ketua Majlis Fiqh Amerika Utara) dan ramai lagi.

Dalam membahaskan mengenai perkara-perkara yang membatalkan puasa,Dr. Yusuf al-Qardhawi berkata:

Para ahli fiqh radhiallahu 'anhum telah memperluas pembahasan hal-hal yang membatalkan puasa sedemikian rupa sehingga saya tidak yakin hal-hal tersebut pernah terfikir di benak seorang jua daripada para sahabat Nabi shallallahu 'alaihi wasallam, yakni orang-orang yang menyaksikan secara langsung penurunan al-Qur’an, yang memahami secara terus pesanan Allah dan Rasul-Nya dengan sebaik-baik pemahaman dan yang berpegang teguh kepadanya dengan sebaik-baiknya.

Banyak ahli fiqh telah memperlebarkan wilayah pembahasan akan hal-hal yang dianggap membatalkan puasa. Para fuqaha Mazhab Hanafi telah menyebut sekitar 57 perkara manakala fuqaha Mazhab al-Syafi‘e tidak kalah banyaknya. Sejumlah ulama’ masa kini bahkan memperincikan hal-hal yang dapat membatalkan puasa secara aneh. Mereka membuat kaedah-kaedah lalu membangun di atasnya cabang-cabang persoalan yang tidak terhitung bilangannya. Namun kaedah-kaedah itu sendiri tidak didasarkan kepada dalil-dalil yang kuat daripada al-Qur’an dan al-Sunnah. Ada di antara mereka yang berkata bahawa kemasukan sesuatu benda, seperti kerikil umpamanya, ke dalam rongga badan orang yang berpuasa akan membatalkan puasanya. [Fiqh al-Siyam (edisi terjemahan oleh Ma’ruf Abdul Jalil dan rakan-rakan dengan judul Fiqh Puasa; Era Intermedia, Solo 2001), ms. 118 & 107-108]

Sememangnya tiada dalil jelas dari al-Quran mahupun as-Sunnah yang melarang daripada mengorek hidung ataupun telinga. Bagi yang berpendapat ianya membatalkan mereka bersandar kepada dalil:

Sempurnakanlah wudhu’ dan bersungguh-sungguhlah dalam menyedut air ke dalam hidung (dan menghembusnya) kecuali jika kamu sedang berpuasa. [Dikeluarkan oleh Ibn Majah dan dinilai sahih oleh al-Albani di dalam Shahih Sunan Ibn Majah – hadis no: 333 (Kitab Thaharah, Bab Anjuran menyedut air ke dalam hidung…).]

Daripada sabda Rasulullah s.a.w “menyedut air ke dalam hidung (dan menghembusnya) kecuali jika kamu sedang berpuasa.” Difahami sebagai dilarang menyedut air ke dalam hidung ketika sedang berpuasa. Jika dimasukkan air maka perbuatan tersebut membatalkan puasa. Pemahaman ini kemudian diluaskan kepada semua rongga tubuh berdasarkan qiyas (analogi).

Fahaman ini adalah tidak tepat kerana pengecualian yang dimaksudkan oleh Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bukan ditujukan kepada menyedut air ke dalam hidung tetapi kepada “bersungguh-sungguh” dalam penyedutan tersebut. Dalam erti kata lain yang dimaksudkan oleh Rasulullah ialah, apabila berwudhu’ dalam keadaan berpuasa, tidak perlu bersungguh-sungguh menyedut air ke dalam hidung kerana dibimbangi sebahagiannya akan masuk jauh ke dalam sehingga sampai ke tenggorok dan ditelan sebagai “minuman.” [Yusuf al-Qaradhawi - Fiqh al-Siyam, ms. 117. Dinukil dari Menelan Air Liur Tidak Membatalkan Puasa, Jahabersa]

PERKARA YANG JELAS MEMBATALKAN PUASA

Perkara yang sememangnya jelas membatalkan puasa adalah sepeti dalam firman Allah:

Maka sekarang (1) setubuhilah isteri-isteri kamu dan carilah apa-apa yang telah ditetapkan oleh Allah bagi kamu; dan (2) makanlah serta (3) minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih (cahaya siang) dari benang hitam kegelapan malam), iaitu waktu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu sehingga waktu malam (maghrib).[al-Baqarah 2:187]

Dan kalau dilihat jelas bahawa mengorek telinga atau memasukkan sesuatu ke dalam rongga badan tidak termasuk dalam perkara-perkara yang ditegah ketika berpuasa. Adapun persetubuhan sekalipun bukanlah perbuatan makan atau minum tetapi larangannya disebut secara jelas di dalam ayat di atas. Juga di dalam sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam:

Setiap amal anak Adam adalah bagi dirinya…kecuali puasa maka ia adalah untuk Aku dan Aku sendiri akan membalasnya. Dia (anak Adam) meninggalkan makanan kerana Aku dan meninggalkan minuman kerana Aku dan meninggalkan kenikmatan kerana Aku dan meninggalkan isterinya (tidak bersetubuh) kerana Aku. [Dikeluarkan oleh Ibn Khuzaimah di dalam Shahihnya – hadis no: 1897 dan dinilai sahih oleh Muhammad Mustafa al-‘Azami.]

Hadis di atas juga menjadi dalil mengapa merokok, penyalahgunaan dadah dan segala yang sewaktu dengannya yang secara psikologi memberikan kepuasan atau kenikmatan yang mengenyangkan dan/atau menghilangkan dahaga bagi nafsu, membatalkan puasa. Sekalipun ianya tidak mengenyangkan, menghilangkan dahaga atau perbuatan bersetubuh.


Kesimpulan Pandangan 1

Sebagai kesimpulan mengenai isu mengorek telinga ketika berpuasa saya ingin menukilkan fatwa Syaikh Attiyah Saqr:

Puasa tidak terbatal dengan meletakkan jari ke dalam telinga atau kerana membersihkannya dengan cotton pad atau dengan larutan. Memandangkan tiada yang dapat meresap melalui gegendang telinga dan sampai kepada kepala, yang mana ianya juga bukan organ menerima makanan yang menyuburkan tubuh badan. [rujuk: http://www.islamonline.net ]

Di atas hujah-hujah yang sama ulama’-ulama’ mutakhir menyatakan perbuatan memasukkan sesuatu ke dalam rongga badan (sekiranya ia tidak sampai ke perut) tidak membatalkan puasa.

Persoalan 2: Berendam Dalam Kolam Sewaktu Berpuasa

Saya percaya apa yang dimaksudkan frasa di atas adalah membasahkan diri atau mandi terutamanya berulang kali kerana tidak tahan panas atau mengelakkan kelesuan ketika berpuasa. Perbuatan membasahkan diri kerana tidak tahan panas atau kerana kelesuan adalah dibolehkan berdasarkan sebuah hadis, Abu Bakar bin ‘Abd al-Rahman radhiallahu 'anh berkata:

Aku melihat Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam di al-Arj (sebuah tempat), baginda menyiram air ke kepalanya sedangkan pada waktu itu baginda berpuasa. Yang demikian itu kerana kehausan atau kepanasan. [Dikeluarkan oleh Abu Daud dan dinilai sahih oleh al-Albani di dalam Sahih Sunan Abu Daud – hadis no: 2365 (Kitab puasa, Bab orang berpuasa yang disiram ke atasnya air…).]

Berkata al-Imam Syams al-Haq al-‘Azhim rahimahullah:

Dalam hadis ini terdapat dalil bahawa dibolehkan bagi orang yang berpuasa yang merasai kepanasan untuk menyiram air ke atas sebahagian badannya atau keseluruhan badannya. Ini merupakan pendapat jumhur dan mereka tidak membezakan antara mandi kerana suasana genting, sekadar perlu atau tanpa apa-apa alasan sekalipun. [Aun al-Ma’bud Syarh Sunan Abu Daud, jld. 6, ms. 395.]

Dalam membahaskan bab mandi bagi orang yang berpuasa di dalam Sahih al-Bukhari, Ibn Hajar al-Asqalani menukilkan bahawa Ibn al-Manayyar berkata:

Imam Bukhari bermaksud membantah mereka yang memakruhkan orang yang berpuasa untuk mandi. Kerana apabila pendapat itu berdasarkan kekhuatiran air akan masuk ke tenggorok, maka tertolak dengan keterangan yang membolehkan berkumur-kumur dan menggosok gigi serta mencicipi makanan. Apabila tidak disukai dengan alasan kemewahan, maka sesugguhnya kaum salaf menyukai orang yang berpuasa untuk tampil terawat, indah, memakai celak atau yang sepertinya. Atas dasar itulah ia (Imam al-Bukhari-pen) menukil atsar-atsar tersebut pada bab ini (babmandi bagi orang yang berpuasa-pen). [Fath al-Bari, Bab Mandi orang Yang Berpuasa, ms. 171]

BERENDAM DI DALAM BATH TUB, KOLAM, TAKUNGAN AIR?

Perbuatan merendamkan diri ketika berpuasa kerana kepanasan bukanlah perbuatan pelik tetapi pernah dilakukan oleh sahabat Nabi sendiri. Anas bin Malik berkata:

Sesungguhnya aku memiliki penampungan air yang aku masuk ke dalamnya dan aku sedang berpuasa.[ Fath al-Bari, Bab Mandi Orang Yang Berpuasa, ms. 167]

Ibn Hajar al-Asqalani dalam menjelaskan mengenai atsar itu berkata:

Seakan-akan penampungan tersebut dipenuhi air, sehingga apabila udara panas, maka dia masuk ke dalamnya untuk mendinginkan badan. [Fath al-Bari, Bab Mandi Orang Yang Berpuasa, ms. 172]

Saya harap penjelasan daripada saya yang tidak tinggi ilmunya ini dapat meleraikan kemusykilan atau kekeliruan yang wujud. Moga kita bersama dapat manfaat insyaAllah.


Saturday, August 22, 2009

pantun?sajak?or puisi? sama2 la kite runungkan

Di mana boleh cari ramai Melayu

Pastinya di Kelantan dan Terengganu

Dan juga di pasar malam dan pasar minggu

Di Akademi Fantasia dan Pesta Lagu

Di Jom Heboh orang Melayu berpusu-pusu

Di Sungai Buloh, pusat pemuilihan, dulu di Pudu

Dan di jalan, lumba haram, rempit tak berlampu

Dan di selekoh duit rasuah depa pun sapu

Di pusat serenti akibat ketagih dadah dan chandu

Di malam kemerdekaan dan malam tahun baru

Terkinja-kinja best giler menari macam hantu

Apa hobi orang Melayu

Terkenal dengan budaya malas dan lesu

Berlepak buang masa tak jemu-jemu

Atau baca majalah URTV, Mastika, Metro pasal cerita hantu

Tengok telenovela dari Filipina dan Peru

Berpusu-pusu pergi tengok pamiran hantu

Sambil makan junk food, kuaci dan muruku

Sibuk bercerita tentang Datuk K dapat bini baru

Apa pakaian Siti nak pakai, itu yang nak tahu

Mana tak gendut berpenyakit selalu

Kalau nak berlagak Melayu masih nombor satu

Rambut warna perang perasan bukan Melayu

Asal bergaya jenama mesti ada, sanggup makan nasi dan toyu

Boleh tak jumpa mereka di kedai buku

Atau di perpustakaan dan majlis ilmu

Atau ambil kelas kemahiran di hujung minggu

Ada tapi kurang sangat mereka di situ

Kenapa melayu jadi begitu

Nak salahkan siapa ibubapa atau guru

Pemimpin negara atau raja dulu-dulu

Ayat lazim di mulut ialah Melayu malas selalu

Nak harap Kerajaan saja membantu

Terutama sekali kontraktor kelas satu

Tak habis-habis gaduh nak jatuh siapa dulu

Pasal jambatan sengek atau siapa dia penghulu

Dan suka sangat dengan budaya ampu mengampu

Sampai bila kita nak tunggu

Bangsa Melayu jadi bangsa yang maju

Boleh! dengan beberapa syarat tertentu

Pertama dengan banyak menguasai ilmu

Kata Nabi ikutlah Quran dan sunnah ku

Al-Quran yang diturunkan 1400 tahun dahulu

Tapi apa yang kita tahu, cuma baca bila nak halau hantu

hari pertama.....

so hari nie hari pertama ryu menjalani ibdah puasa tuk tahun nie......berjln ngan lancar.....msa di habiskan dgn mengadap lptp...tgk segala bnde....anime hinggalah ke movie...
kul 4 tadi perut nie membuak2 memangil makann....tambhn lak bau lauk dari dapur....
takper...tahan jer....layan game n segala bende....tap2 tgk dah kul 6...ader lagi 1jam lbh...
aku msg si dia ari nie...tak rep lak...adoi...ape dah jadi kt dye nie???pelik gak....
so...berbuka nie nak mkn aper ek???nk p roAlign Centerund2 kt p.klang la....dpt buang mase ckit....hehehehe....
so rase2 nak gerak dah nie....salam...

---terawikh jgn lupe ek---

selamat menymbut kehadiran ramadan...

dah setahun berlalu...ryu rase ramadan yg lepas baru jer abis....
kejap tu masa berlalu....
so ryu nak ucapkan selamt menymbt bulan ramadan al mubark.....
p/s: tuhan nampak apa yg kamu buat!

Sunday, August 16, 2009

malam minggu....

ari sbtu yg amat membosankan...tak tau nak watper.....
hari nie bgn kul 12 p.m....amat awal ryu bangun ari nie....tak tau nape....
kul 12p.m:
tak tau nak watper......layan tenet sampai tak tau nak watper...
kul 3p.m:
p ambik baju kt dobi then p mkn kt ali corner.....
kul4p.m:
tido sampai kul 6 kowt kalau tak salah tadi....
kul 8p.m:
kuar mkn kt pakLi bersma ADI,UDA n lagi sorg..ryu lupe lak sape name dye....
tp ader bende yg ryu takbape suke..satu perngai yg ryu tak suke..
amat tak seronok di akhir2 pertemuan kami...bgs gak ryu lupe name dye.coz kalau ingt pun
ryu takn sebut kowt.....
kul 11pm
sampai umah
kul 12a.m-1.15a.m main kad.....

ape la nak jadi di mlm mingu nie......
bosan tahap cipan

---entry yg lebih kepada dairi hidup ryu---

Thursday, August 13, 2009

banyk bende yang di luahkan....

assalamualaikum kepda pembaca2 sekalian...
dah lama rasenyer ryu tak update blog nie....
ader dah dekat 2 minggu kowt....mungkin sbb ryu terlalu sibuk or takder mase nak upate blog nie...
di ptg yg dingin nie...ryu ambik kesemptn tuk luahkan la ape yg ryu rase nak cite kt korg....

frstly...ryu nak cite pasal kehadiran NATE aka comey dlm rumah sewa ryu nie....
ryu nak letak gamba dye....rasenyer ader dlm hp nie....time nak upload tadi takder lak gamba dye....
takper la..lain kalai la ryu letak gamba nate nie.....
sape nate nie??
nate nie kalau korg nak tau....kucing peliharan yg di beri name comey pada aslnyer
tp dah bertuka menjadi nate.....hehehhehehe
nate nie dulu time dye kecik selalu dtg umah sewa ryu nie....
last sem la....1bln ader la sekali kowt dye dtg lepak main2 kt umah nie....
di sbbkan time tu dye masih kecik n comey ktrg nie suke main ngn dye...
then dah lama tak nampak...
last week comey dtg balik....ktrg halau mula coz tak cam...
tp tak lari...buat slember jer masuk cam dah biase....tgk2 balik dye nyer bulu n color same cam comey lue....mmng dah sasla nie comey....
skunk nie dah 1 minggu lebih dye duk umah ryu nie....
amat seronok tgk nate nie tido.....kalau tido jer mesti terkangkang....bukan kate terkangkang satu kaki jer
nate nie tido cam manusia....jenis tido baring...sbb tu kaki dye terkangkang....best tul tgk dye tido....
demand tinggi...nak tido atas tilam jer....
tp takper la...tak kisah pun....mlm2 sape tak ttp pintu blik..alamatnyer mmng nate nie join sekali la terkangkang ngan korg...ahahahahhahha....
tp yg bagusnyer nate nie tak la nyusahkan ktrg...berak pun dlm longkang...so tkder la ktrg ssh....
so setkt nie dye still tak buat hal lagi...
amat seronok ade haiwan peliharn dlm umah....
bosan2 jer p ckp ngan nate tu sorg.....
skunk nie nate tak bape active coz kaki dye sakit...
tp dah beransur pulih skunk nie....luka pun dah nak sembuh....
mula2 dtg tak kasi org usik kaki dye...kalau usik kompem kene gigit...skunk ko nak buat ape pun buat la ngan kaki dye tu...hehehehhehe...
so setkt nie jer ryu nak cite ngan korg....
nnti ryu upload gamba nate k....

---nate amat comey---

Boleh try usya2 post lain:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...