Sunday, February 8, 2009

DAULAT sultan..Hilang???

KUALA LUMPUR, 4 Feb (Bernama) -- Tindakan Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri sebelum mendapat perkenan Sultan Perak Sultan Azlan Shah, adalah salah, kata seorang peguam hari ini.

Malik Imtiaz Sarwar berkata ini kerana kuasa untuk membubarkan dewan undangan negeri terletak di tangan pemerintah negeri, dalam kes ini ialah Sultan dan bukannya Menteri Besar.

Katanya Undang-undang Tubuh Negeri Perak secara jelas menyatakan pembubaran dewan undangan negeri merupakan kuasa mutlak Sultan dan "tiada orang lain mempunyai kuasa untuk membubarkan dewan undangan negeri."

"Ini seperti Perdana Menteri mengumumkan pembubaran Parlimen tanpa mendapatkan perkenan Yang di-Pertuan Agong. Begitu juga dalam kes ini, Menteri Besar perlu terlebih dahulu mendapatkan perkenan Sultan sebelum membuat pengumuman," katanya kepada Bernama.

Beliau berkata adalah tidak jelas "bagaimana Menteri Besar memutuskan untuk membubarkan dewan undangan negeri."

Seorang bekas hakim Mahkamah Tinggi, yang enggan namanya disiarkan berkata tindakan Mohammad Nizar itu boleh membawa kepada "akibat undang-undang".

"Adalah lebih elok jika Menteri Besar mempersembahkan terlebih dahulu kepada Sultan sebelum mengumumkan pembubaran itu. Beliau sepatutnya mengadap Sultan tetapi beliau tidak berbuat demikian, oleh itu beliau mungkin mempunyai alasan kukuh untuk bertindak demikian," katanya.

Kerajaan negeri Perak pimpinan Pakatan Rakyat hampir tumbang selepas tiga wakil rakyat dari kawasan Changkat Jering, Behrang dan Jelapang mengumumkan mereka meninggalkan pakatan pembangkang PAS, Parti Keadilan Rakyat dan DAP dan menjadi wakil rakyat Bebas.

Pada masa yang sama, wakil rakyat kawasan Bota yang meninggalkan Barisan Nasional (BN) hanya seminggu lepas, mengumumkan kembali menyertai BN semula.

Berikutan perkembangan itu, majoriti kerusi dipegang pakatan PAS-Parti Keadilan Rakyat-DAP daripada 59 kerusi di dewan undangan negeri merosot daripada 32 kepada 28 kerusi manakala kerusi BN negeri meningkat kepada 28 daripada 27 kerusi.

Pada sidang akhbar petang ini, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata BN sudah memperoleh wakil rakyat yang mencukupi untuk membentuk kerajaan negeri Perak yang baru berikutan tiga wakil rakyat Bebas berkenaan telah berikrar untuk memberikan sokongan kepada BN.

-- BERNAMA 

apa pun yg terjadi aku nak ckp satu jer..ape dah jadi pada rakyat2 perak??
nape sampai biadap camtu sekali...walau aper pun kes...walau cam mane pun situasi dye dye tetap sultan n raje korg juga...nape sampai jadi camtu???mane pergi DAULAT sultan pada zaman ini>????
jgn sampai DAULAT tu hilng..coz sultan nie la satu2 warisan dari zaman hang tuah lagi.....
so korg nie pikir la....jgn la wat malu org melayu...jgn duk bodoh baring atas jln....berani baring kat highway la....
yg aku sedey sume org melayu...n baru balik semayng jumaat tu..
takley bla btul.....baru wat ibadah dah wat dosa....durhaka kat sultan.....
ape2 pun...aku tk sokong maner2 pihak..tp korg pikir la sendiri.....
selamt beramal....

Boleh try usya2 post lain:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...