Friday, May 15, 2009

Jin

smlm ngah lepak2 kt kedai mkn sambil tgk cite keliwon...
terbukak la pulak cite pasl hantu n pengalamn masing...
so aku pun nak cite la ckit pasl asal-usul n maklumt brkaitan ngan jin nie..
aku dpt email nie dah lama...sekadar nak infom kt korg...

---selamat beramal---

hari yang mendatang tidak akan memberikan sebarang makna jika kegagalan semalam tidakdijadikan teladan...





Subject: KULIAH JIN : UST. HJ. ISMAIL KAMUS 




1) Jin berasal dari Jan (Bapak Jin) dangelarannya 


Azazil. Dicipta dari api (biru), dan telah beramal 


puluh ribu tahun lamanya . 




2) Apabila Allah swt.memerintahkannya supaya tunduk 


menghormati Nabi Adam, mereka telah ingkar. Allah swt. 


melaknat dan perintah turun ke bumi. 




Jin terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam dan Syaitan. 




3) Jin Islam pula terbahagikepada dua iaitu Jin 


Islam(Soleh) dan Jin Tidak Islam (Tidak Soleh). 


Syaitan yang turun kesemuanya jahat (tidak Islam). 




4) Makanannya dari Api (Asap). Itusebab orang-orang 


Melayu dilarang mengunakan kemenyan kerana Jin paling 


suka dengan asap yang busuk. Tetapi orang-orang melayu 


ini degil, suka sangat dengan asap kemenyan. Beliau 


menambah, orang-orang yang suka hisap rokok itu, 


adik-beradik jin lah tuu. 




5) Tempat tinggal Jin seperti diawan, sungai, hutan, 


lombong, laut, tempat-tempat tinggi (KLCC), tandas dan 


kubur. 




6) Beliau menasihat apabilaingin buang air di 


perjalanan (contohnya jalanraya), perlu baca " Sala 


Mun, 'Ala Sulaiman, Fil 'alamin." 




Mengikut sirahnya jin sangattakut dengan Nabi 


Sulaiman. Orang-orang Melayu suka sangat membaca 


ucapan, "Ampun Datuk, Anak cucu tumpang lalu" Masa 


bila pulak jin dapat pangkat datuk. Dan masa bila 


pula, kita jadi cucu cicit jin !!!! 




7) Jin tidak mengetahui akanalam ghaib, itu sebab 


jika ada dukun atau bomoh yang tahu menilik-nilik 


nasib, pembohong...." Sirahnya apabila Nabi Sulaiman, 


memerintahkan jin untuk membina istananya, sehingga 


Nabi Sulaiman meninggal pun jin tidak perasan/tahu. 


Semasa itu Nabi Sulaiman duduk di kerusinya dengan 


tongkat kayu. Dan jin tekun membuat kerja di 


hadapan-nya. Sehingga anai-anai memakan tongkatnya dan 


tongkat tersebut reput dan jatuh serta Nabi Sulaiman 


pun jatuh, maka barulah tahu oleh jin bahawa Nabi 


Sulaiman telah mangkat. 




8) Manusia juga dilarang membuangair di 


lombong-lombong yang airnya tenang, terutama di waktu 


tengah malam. Jin suka mandi di situ, waktu itu. Di 


larang juga buang air di lubang-lubang (tanah). 




9) Rumah-rumah yanglama tidak berpenghuni atau rumah 


yang baru siap belum duduk lagi, jin suka tinggal di 


situ. Sebelum duduk rumah baru, di galakkan membaca 


surah Al-Baqarah, sehingga habis. Jin lari selama 3 


hari. Tidak perlu tepung tawar bagai.... orang melayu 


suka sangat menepung tawar !!! 




10) Jika budak menangistengah-tengah malam, azankan 7 


~ 10 kali, jika tidak bacakan ayat Kursi dengan cara 9 


kali henti (tekniknya) sebab beliau pernah jumpa orang 


yang di rasuk. 




* Kalau rajin..Tolong sebarkan maklumat ini kepada 


saudara Muslim Muslimat yang lain. Ilmu yang 


bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan 


bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.

2 comments:

d0tbl0gsp0td0tk0m said...

jin suka makan asap....tu yg merokok tu kira jin juga la ye..huhuhuh

Milimilo said...

bagus la info psl jin nih..aku xpernah bace pun..erm,agaknye aku kne kaco dgn jin ke aku ngigau je yg psl lampu aku trpadam tu?

Boleh try usya2 post lain:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...